Tiada Petunjuk Acap Hilang Selepas 3 Minggu. Bukan Sebab Binatang Buas.

Selepas pihak berkuasa menggerakkan 170 anggota terdiri daripada polis, bomba dan pertahanan awam semalam dalam operasi besar-besaran mencari Acap tetapi masih gagal. Tiada petunjuk Acap hilang. Polis juga yakin Acap tidak diserang binatang buas berdasarkan rekid dan pengalaman mereka.

Misteri kehilangan Acap memasuki minggu ketiga tanpa sebarang petunjuk untuk pihak berkuasa dan orang awam yang mencari, menjadikan kes ini saling tidak tumpah seperti kehilangan MH370. Hilang tanpa meninggalkan bukti.

Operasi besar-besaran semalam masih menemui jalan buntu. Jadi, orang awam yang memiliki kepakaran mencari orang hilang tidak kira daripada pengamal perubatan islam atau tradisional boleh membantu pihak berkuasa tetapi pastikan mendapat kebenaran atau sekurang-kurangnya memaklumkan usaha mencari kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini.

Tiada Petunjuk Acap Hilang, Teori Terus Berlegar

Sejak hari pertama Acap hilang, berbagai-bagai teori kehilangan berlegar dan menjadi buah mulut dalam media sosial sehingga kedengaran kurang logik.

Tiga teori popular Acap hilang setakat ini:

1. Acap hilang disorok Bunian, berkahwin dengan Bunian dan tidak mahu balik ke dunia malah Bunian meminta ganti jika Acap mahu balik.

2. Acap jatuh ke tempat yang sukar ditemui, cedera dan tidak dapat bergerak atau sesat jauh ke dalam hutan dalam usaha mencari jalan keluar.

3. Acap tidak hilang tetapi menghilangkan diri. Puncanya hanya Acap yang tahu.

tiada petunjuk acap hilang

Mesti Baca: Bomba Cakap Acap Hilang Bukan Sebab Bunia Tetapi…

Mesti Baca: Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?

Memang sukar merungkai misteri ini. Tiada petunjuk Acap hilang menjadikan usaha mencari menemui jalan buntu.

Apa yang boleh kita lakukan teruskan berusaha tidak kira pihak berkuasa atau orang awam yang turun mencari. Bagi pihak berkuasa, mereka tidak akan berhenti mencari Acap sehingga mendapat petunjuk. Selebihnya berdoa semoga Acap ditemui walau apa pun keadaannya.

Admin menyokong usaha pengamal perubatan islam dan tradisional turun membantu tetapi pastikan tiada amalan khurafat dilakukan, mungkin kehilangan Acap berkaitan dunia mistik, di luar kemampuan pihak berkuasa. Kepakaran anda diperlukan.

Apapun, jangan memandai-mandai. Buat laporan dengan pihak berkuasa sebelum memulakan pencarian Acap, ianya penting untuk tujuan keselamatan. Jangan nanti Acap tidak jumpa, pencari pula yang lesap.

Leave a Reply

error: Content is protected !!