Tiada Solat Raya Aidilfitri Tahun Ini, Buat Di Rumah Sahaja – Muzakarah Khas

Umat islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dijangka jatuh pada hari Jumaat, 24 April ini. Belum lagi bermulanya puasa, sudah terdapat cadangan daripada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bermesyuarat seterusnya mencadangkan tiada solat raya Aidilfitri tahun ini.

Ini memang sudah dijangka. Dengan penularan wabak COVID-19 yang belum selesai, Malaysia masih dalam situasi PKP dan tidak pasti akan dilanjut atau tidak selepas 28 April ini.

Melihat kepada keputusan mesyuarat majlis tersebut, ianya “bunga-bunga” seperti PKP akan berlanjutan sehingga takbir syawal bergema pada 24 Mei nanti.

Apapun, sekarang, terpulang kepada kerajaan membuat keputusan hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) tersebut.

Tiada Solat Raya Aidilfitri Tahun Ini, Buat Di Rumah Sahaja – Muzakarah Khas

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) mencadangkan Solat Hari Raya Aifilfitri tahun ini tidak dilakukan di masjid dan surau, kata mufti Pulau Pinang.

Sebaliknya, kata Dr Wan Salim Mohd Noor, MKI memutuskan ia hendaklah dilakukan di rumah bersama anggota keluarga.

Mesti Baca: Cara Solat Tarawih Sendiri, Berjemaah Di Rumah Semasa PKP

Tiada Solat Raya Aidilfitri Tahun Ini, Buat Di Rumah Sahaja - Muzakarah Khas

“(MKI juga) mencadangkan supaya rakaman solat Hari Raya Aidilfitri dan takbir hari raya pada tahun-tahun lalu disiarkan melalui televisyen dan radio untuk menzahirkan syiar hari kebesaran Islam tersebut,” katanya.

Umat Islam dijangka berpuasa mulai Jumaat ini dan merayakan Aidilfitri pada 24 Mei depan.

Menjawab soalan Malaysiakini, Wan Salim berkata MKI juga menyarankan solat Tarawih tahun ini tidak dibenarkan diadakan di masjid secara berjemaah.

“Sebaliknya umat Islam hendaklah melakukannya di rumah bersama anggota keluarga masing-masing,” katanya.

MKI juga, katanya lagi, mencadangkan solat Jumaat dan solat berjemaah diteruskan selama perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan –Baca Berita Penuh

Apa pendapat anda? adakah mungkin tiada solat raya Aidilfitri tahun ini? adakah PKP akan berlanjutan sehingga Hari Raya Aidlifitri pada 24 Mei nanti?

Secara peribadi, admin setuju PKP dilanjutkan sehingga kita benar-benar selamat. Kalau kita terburu-buru dan hanya memikirkan keseronokan berhari raya, tunggulah akibat buruk nanti.

Malah, WHO sendiri berpendapat perang melawan COVID-19 ini berlanjutan sehingga tahun depan, 2021!

Leave a Reply

error: Content is protected !!