Menu

Bukan Calon Presiden FAM Saja, TMJ Jadi Pemain JDT?

Tunku Ismail Sultan Ibrahim bukan setakat calon Presiden FAM saja tapi TMJ jadi pemain JDT juga? Belum pernah dengar pemilik kelab di Malaysia main sekali?

Hebat! Inilah Presiden FAM yang kita mahu bukan setakat berkokok dan kaut untung saja 🙂

TMJ Jadi Pemain JDT

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melakukan kejutan luar biasa apabila akan mendaftarkan pemiliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemain pada jendela perpindahan pemain pada bulan Mei ini.

Perkara tersebut didedahkan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melakukan tiga perubahan dan salah satunya adalah JDT akan mendaftarkan DYAM Tunku Mahkota Johor, pemilik Kelab Bola Sepak JDT sebagai pemain apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan Mei ini.

“Ia merupakan sejarah baru dalam negara dan kelab apabila ‘owner club’ didaftarkan sebagai ‘owner/player’ di Liga Super Malaysia dalam satu masa. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan tersebut – Sumber

Mesti Baca: Sah! Calon Presiden FAM Tunku Ismail Lawan Annuar

Admin respek TMJ ni.. serius!

Bukan setakat calon Presiden FAM tapi bakal pemain JDT pula…

Best juga kalau dapat tengok TMJ terjah kaki Annuar Musa masa main tapi mustahil..

Tapi…. admin tertanya-tanya ada ke yang berani terjah TMJ masa main nanti jika benar TMJ jadi pemain JDT 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!