TMJ Penyerang JDT, Hazwan Bakri Tak Sabar Bergandingan
TMJ penyerang JDT? Sebelum ini admin ada menulis Tunku Ismail Bukan Calon Presiden FAM Saja, TMJ Jadi Pemain JDT? Hari ini, penyerang JDT, Hazwan Bakri berkata sekiranya TMJ didaftarkan sebagai pemain pada jendela perpindahan Mei nanti, posisi penyerang sesuai untuk bakal presiden FAM ini.
Penyerang JDT, Ahmad Hazwan Bakri berkata, selepas menonton aksi TMJ dalam beberapa rakaman video, Tunku Ismail dilihat memiliki skil untuk menjadi seorang penyerang.
TMJ Penyerang JDT, Hazwan Bakri Tak Sabar Bergandingan
Kata Hazwan lagi, sekiranya TMJ serius untuk beraksi bersama JDT, dia amat teruja untuk bergandingan dengannya.
“Saya tidak pernah berlatih dengan beliau sebab saya pun masih baru dalam JDT tetapi selepas menonton rakaman video, saya fikir TMJ boleh beraksi di bahagian serangan.
“Kami sebagai pemain JDT berasa sangat bertuah jika perkara ini berlaku kerana ia lain daripada yang lain, namun tidak dinafikan kami pasti gemuruh bakal beraksi dengan pemilik kelab,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Sebelum ini, Facebook JOHOR Southern Tigers (JST) mengumumkan JDT bakal melakukan tiga perubahan dan salah satunya adalah mendaftarkan Tunku Ismail sebagai pemain apabila jendela perpindahan pemain dibuka Mei nanti.
TMJ penyerang JDT memang suatu yang menarik untuk dilihat.
Tapi…….
Pada pandangan admin, sekiranya TMJ menang jawatan presiden FAM, baginda tak boleh jadi pemain JDT takut timbul pertikaian.
Malah, rakan sepasukan segan nak bagi arahan, pasukan lawan pun tak sedap hati nak bentes kaki TMJ.
Apapun, admin sokong TMJ sebagai Presiden FAM 🙂