Tok Mat Pastikan BN Kekal DUN Rantau

Tok Mat pastikan BN kekal DUN Rantau dengan menewaskan 3 orang calon lain termasuk calon kerajaan PH, Dr S Streram.

Kemenangan BN sudah dijangka kerana mendapat sokongan undi daripada PAS dan juga mendapat kerjasama yang baik sepanjang tempoh berkempen daripada komponen BN yang lain seperti MCA dan MIC.

Tahniah Tok Mat!

Tok Mat Pastikan BN Kekal DUN Rantau. PH Kalah Hatrik Dalam PRK.

Kiraan undi masih berjalan tetapi secara tidak rasmi Tok Mat pastikan BN menang DUN Rantau.

Jumlah yang keluar mengundi sebanyak 79 peratus daripada 20,926 pengundi yang layak. Ini bermakna 8,266 undi diperlukan untuk menang.

Setakat artikel ini ditulis, Tok Mat telah mendapat 9000 lebih undi untuk mengesahkan kemenangan Tok Mat dan Barisan Nasional.

BN Kekal DUN Rantau
Gambar: Malaysiakini

Tonton Live kiraan undi KLIK SINI

Tahniah Barisan Nasional! terima kasih juga kepada PAS dan komponen BN yang lain kerana bekerja keras memastikan PH mendapat kekalahan hatrik berturut-turut dalam PRK sejak PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Kerajaan PH mesti melakukan sesuatu kerana kekalahan hatrik dalam PRK adalah isyarat jelas rakyat telah menolak PH.

Tidak perlu berdolak dalik lagi. Lakukan bedah siasat segera untuk memenangi hati rakyat semula. Bn kekal DUN Rantau ini sepatutnya menyedarkan kerajaan daripada lamunan. Jangan biarkan PH Jadi Kerajaan Sepenggal!

Leave a Reply

error: Content is protected !!