Tun Mahathir Datang Bersih 5. Maria Chin, Jamal Kena Tangkap.
Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke perhimpunan Bersih 5.0 paling mencuri tumpuan.
Kehadiran Tun Mahathir memberi kekuatan kepada kumpulan “Baju Kuning” selepas pemimpin utama Bersih 5 seperti Maria Chin dan beberapa oarng lagi ditangkap pihak berkuasa sebelum perhimpunan Bersih.
Tun Mahathir yang juga Pengerusi Parti Bersatu terlebih dahulu bertemu penyokong Bersih 5 di LRT Bangsar dengan ditemani presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mereka kemudiannya bergerak ke lokasi perhimpunan Bersih 5.0 berhampiran Menara Berkembar Petronas (KLCC) kira-kira jam 3.30 petang.
Beliau berucap hampir 15 minit di hadapan penyokong Bersih 5 dan memberikan ucapan yang menyuntik semangat peserta Baju Kuning.
Bersih 5: Jamal Md Yunos, Maria Chin Ditangkap
Ketua “Baju Merah“, Datuk Seri Jamal Md Yunos direman empat hari susulan kekecohan yang berlaku di Ampang Point, Ahad lalu.
Jamal ditahan bagi membantu siasatan kerana menggangu penjawat awam menjalankan tugas dan kekerasan ketika kekecohan tersebut yang menyebabkan hidungnya berdarah.
Baca Juga: Sanggup Jual Dara Selamatkan Abang
Maria Chin, pengerusi Bersih turut ditangkap bersama -sama pemimpin lain kerana dakwaan menghasut orang ramai menjatuhkan kerajaan melalui “pintu belakang“.
Pandangan admin mudah saja. Perhimpuan sepatutnya dibuat di stadium atau di mana-mana tempat sesuai kerana ianya menyusahkan orang ramai untuk bekerja, perniagaan terganggu, vandalisme dan sebagainya.
Tak kiralah anda penyokong Bersih 5 atau Baju Merah tolong fikir panjang! Percayalah cakap admin kerajaan tidak akan jatuh dengan perhimpunan dan tunjuk perasaan macam ni.
Sebabnya…. KUASA di tangan mereka.
KUASA anda?
Pilihanraya..
Tunjukkan sokongan anda kepada kerajaan atau pembangkang melalui Pilihan Raya umum nanti.
Kalau anda ditangkap hari ini adakah pemimpin Bersih atau Baju Merah akan menjamin anda dalam lokap?
Pandailah anda nak hidup 🙂