UPU Online 2017: Permohonan Masuk IPTA Mulai 06 Februari 2017

Permohonan masuk IPTA online untuk ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran awam bagi sesi akademik 2017/2018 akan dibuka mulai pukul 12 tengah hari 06 Februari hingga 31 Mac 2017.

Permohonan kemasukan universiti awam ini boleh dilakukan melalui Sistem UPU Online di http://upu.mohe.gov.my 

Kementerian Pendidikan Tinggi berkata, permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) untuk lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf juga melalui Sistem UPU Online yang sama.

Permohonan Masuk IPTA

Sebelum mengemukakan permohonan UPU Online 2017, pemohon perlu membeli nombor unik ID (No. Pin UPU) pada harga RM15.64 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 06 Februari 2017 nanti.

Cara pembelian nombor unik ID adalah melalui kaunter di BSN dan bagi pemegang akaun GIRO, pembelian nombor unik ID boleh dibuat melalui mesin pengeluaran wang (ATM) dan Perbankan Online BSN dan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian mesti disimpan untuk rujukan jika diperlukan.

Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

Pembelian nombor unik ID di BSN akan ditutup pada 30 Mac 2017 manakala Sistem UPUOnline pula ditutup pada pukul 11.59 malam 31 Mac 2017 – Sumber Utusan Online

Kepada yang mahu membuat permohonan masuk IPTA 2017 sila ambil perhatian serius jika tidak mahu terlepas tarikh pembelian No.Pin UPU nanti.

Sekali lagi diingatkan, permohonan masuk IPTA 2017 akan bermula 06 Februari 2017 – 31 Mac 2017 dan tarikh tamat pembelian nombor unik ID adalah pada 30 Mac 2017.

Leave a Reply

error: Content is protected !!