Usia Bulan Sudah 4.51 Bilion Tahun
Menurut kajian terbaru daripada University of California, Los Angeles mendapati usia bulan 4.51 bilion tahun, lebih lama daripada dijangka sebelum ini.
Jangkaan umur bulan itu berdasarkan kajian batu dan tanah yang dikumpul oleh angkasawan Apollo 14 pada 1971.
Pasukan penyelidik daripada University of California melaporkan bulan dijangka dibentuk dalam tempoh 60 juta tahun selepas kewujudan sistem suria.
Ianya lebih lama daripada jangkaan sebelum itu iaitu di antara 100 juta hingga 200 juta tahun selepas kewujudan sistem suria.
Jangkaan usia bulan itu dibuat selepas ahli sains menjalankan pentarikhan uranium-plumbum pada cebisan mineral zirkon daripada sampel misi Apollo 14 ke bulan. Untuk makluman, cebisan zirkon itu sekecil sebutir pasir
Mesti Baca: Semak Waktu Solat Secara Online
Penulis utama kajian umur bulan itu, Melanie Barboni berkata, pengetahuan usia bulan adalah kunci untuk memahami pembentukan dan evolusi Bumi – Sumber Harian Metro
Tak sangka usia bulan begitu lama. Kajian tersebut telah menunjukkan kepada kita usia ruang angkasa dah terlalu lama dan mungkin semakin sampai ke penghujungnya.
Yang hidup pasti mati. Begitu juga dengan alam ini. Persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan hari alam ini mati?