Tukar Mora? Baik Tukar Perdana Menteri – Video TMJ

Video Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang menyahut seruan penyokong Johor untuk menukar jurulatih JDT, Benjamin Mora susulan kekalahan JDT dalam perlawanan ACL kepada kepada Shandong Luneng. Apa yang dibalas TMJ apabila penyokong suruh tukar Mora? TMJ membalas spontan “baik tukar perdana menteri”.

Video TMJ tersebut viral dalam media sosial dan menjadi bahan ketawa rakyat. Walaupun TMJ mungkin bergurau tetapi bagi penyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) pasti sentap dengan TMJ.

Video TMJ: Tukar Mora? Baik Tukar Perdana Menteri

Anggota MPT Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen mengulas isu video tersebut;

“Parti-parti politik yang menang pilihan raya berkuasa dan berhak memutuskan kedudukan perdana menteri.

“Semua orang, termasuk institusi diraja perlu menghormati pilihan rakyat pada pilihan raya lalu,” katanya. – Sumber

Tukar Perdana Menteri

Semua sudah tahu pergeseran di antara kerajaan PH di antara Tun Mahathir dengan Istana Johor terutama TMJ.

Mereka saling berbalas kenyataan sejak isu Statut Rom yang akhirnya dibatalkan kerajaan selepas mendapat kritikan demi kritikan.

Secara tak langsung video TMJ yang dalam nada bergurau atau menyindir berkata “baik tukar perdana menteri” sudah pastinya menyentap perasaan penyokong PH.

Sudahlah kerajaan Pakatan Harapan sering dimomok sebagai Kerajaan Sepenggal oleh rakyat dalam media sosial.

Malah, kajian terbaru daripada Merdeka Center mendapati populariti rakyat yang menyokong Tun M dan PH jatuh merudum sejak PRU14.

Leave a Reply

error: Content is protected !!