Menu

Vlogger Untuk Yang Tak Minat Menulis Dengan Blog

Bagi seorang penulis blog mereka lazimnya digelar Blogger yang menulis dengan gaya bahasa tersendiri untuk menyampaikan informasi, gaya hidup, perniagaan dan sebagainya. Ramai blogger yang menjana pendapatan daripada blog seperti adsense, affiliate dan pengiklanan. Menariknya, dalam ledakan dunia teknologi maklumat pada masa sekarang melahirkan golongan baru yang memfokuskan kepada blog berbentuk video pula. Golongan ini digelar Vlogger!

Vlogger Buat Duit Dengan Video

Vlogger adalah individu yang menghasilkan bahan dalam bentuk video melalui laman YouTube, Vimeo dan bermacam-macam lagi platform.

Ramai yang suka tengok video daripada membaca betul tak? Inilah realiti yang mana orang ramai lebih suka melihat visual berbanding perkataan yang statik.

Di sinilah lahirnya aktiviti Vlogging yang mana Vlogger berkarya dengan menghasilkan pelbagai jenis video menarik dan mempamerkan kreativiti masing-masing.

Melalui video, Vlogger juga dapat menjana pendapatan secara online sebagai contoh Youtube Adsense. Syaratnya, mereka menghasilkan video berkualiti, bermanfaat atau menarik untuk dikongsi (tular). Semakin banyak tontotan video, semakin tinggi potensi meraih pendapatan lumayan.

 Vlogger

Kos sebagai Vlogger juga murah dan mungkin tidak memerlukan kos langsung. Hanya miliki akaun YouTube atau Vimeo, seterusnya mulakan langkah memuat naik video-video yang berpotensi menarik penonton yang diselitkan dengan iklan-iklan perniagaan.

Biasa tonton YouTube anda tahulah apa maksud admin.

Aktiviti Vlogging lebih mudah. Tak perlu pening kepala menaip patah perkataan seperti seorang Blogger cuma kreativiti yang sangat tinggi perlu untuk menghasilkan video yang menarik.

Seperti juga Blogger yang mementingkan trafik ke blog untuk menjana pendapatan, Vlogger pula perlu memikirkan cara bagaimana menarik penonton yang ramai menonton video mereka.

Blogger Untuk Yang Minat Menulis….

Bagi seorang blogger pula, menulis adalah ibarat makanan harian. Tidak menulis sehari sudah terasa kekurangan terutama blogger yang mencari pendapatan dengan blog.

Perlu diingatkan! menulis tidak semestinya kerana duit. Ada blogger yang memang menulis kerana hobi suka berkongsi sesuatu kepada pembaca. Cuma pada pendapat admin, agak rugi jika tidak gunakan blog sebagai sumber pendapatan.

Pilihan admin?

Admin adalah seorang Blogger yang menulis di blog kerana minat dan juga menghasilkan pendapatan dengan blog melalui Google Adsense dan buat duit dengan affiliate.

Pendek kata, admin tidak mungkin ke arah Vlogger. Tidak kreatif kot…

Oklah, jika anda minat nak buat duit dengan Blog tetapi MALAS menulis, Vlogger adalah alternatif untuk anda 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!