Menu

Walaupun PRU 14 Esok, PM Yakin Menang!

Begitu yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan kemenangan kepada pihak kerajaan jika PRU 14 akan diadakan bila-bila masa saja tidak kira tahun ini, tahun depan ataupun esok!

Melihat kepada situasi semasa, kedudukan Barisan Nasional memang tidak popular tetapi pakatan pembangkang pun tidak menunjukkan keyakinan untuk memimpin negara dengan saling bercakaran sesama sendiri.

Pada pendapat admin, ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merengkok dalam penjara menjadikan pakatan pembangkang kelihatan tidak bersatu. Cuba ingat kembali PRU sebelum ini di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin pakatan pembangkang, mereka kelihatan sangat kuat dan kerajaan Barisan Nasional kelihatan goyah.

Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

Ketiadaan pemimpin yang mempunyai aura dan pengaruh seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meletakkan harapan kepada kepada pakatan pembangkang untuk memimpin negara.

PRU 14

Tun Dr Mahathir? seorang lagi tokoh yang disanjung dan bapa pemodenan negara ini tidak punyai banyak masa lagi untuk memimpin pakatan pembangkang.

Pada pendapat admin, Barisan Nasional tetap akan menang pilihan raya umum ke 14 nanti walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah seorang yang popular di mata rakyat. Kemenangan Barisan Nasional bukan kerana mereka kuat tetapi pakatan pembangkang yang tak bersatu!

Apapun, kita tunggu saja PRU 14 yang boleh berlangsung bila-bila masa saja.

Walaupun PRU 14 Esok, PM Yakin Menang!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan keyakinan untuk mempertahankan pemerintahan kerajaan sama ada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU -14) akan diadakan pada tahun ini atau tahun depan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, keyakinan itu diukur dengan semangat luar biasa yang ditonjolkan seluruh jentera parti untuk memastikan kemenangan tetap milik BN.

PRU 14

“Bila kita nak menang perang? PRU-14 sama ada diadakan tahun ini atau tahun depan, tahun ini pun boleh menang, tahun depan pun insya-Allah boleh menang.

Semangat kita kuat dan luar biasa, sudah tidak sabar nak lawan, Ini semangat kepahlawanan.

Mesti Baca: Lebih 4 Juta Belum Daftar Mengundi Walaupun Layak

“Saya harap kita boleh membuat persiapan atau kesiapsiagaan yang cukup rapi. Saya percaya, sebelum kita melakukan kerja besar kita perlu buat persiapan rapi sehingga tiada satu batu pun tertinggal,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 ahli-ahli pergerakan sayap UMNO dan BN dalam pelancaran JR Plus, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini – Sumber Utusan Online

PRU 14 semakin hampir…

Pasti semua dah tak sabar lagi…

Pesan admin, hentikan bercakaran.. kutuk mengutuk..

Sampai masanya nanti, kita pangkah parti yang kita suka ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!