Waris Peneroka Felda Layak Tuntut RM10 Ribu
Waris peneroka Felda layak tuntut RM10 Ribu melalui Skim Bantuan Khairat Kematian Peneroka khusus kepada waris atau keluarga peneroka Felda yang meninggal dunia layak serta merta sebagai bayaran pengurusan jenazah. Waris hendaklah memaklumkan kepada Felda dan mengisi Borang PKKP bagi menuntut bayaran ini.
Bayaran RM3,000 akan dibayar serta merta manakala bakinya sebanyak RM7,000 akan dipertimbangkan kelulusannya oleh Felda setelah kematian peneroka diperakui pengurus rancangan dan disahkan pengurus besar wilayah melalui borang PKKP.
Bayaran serta merta RM3,000 akan diberikan pada hari berikutnya jika kematian berlaku pada bukan hari bekerja bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga si mati.
Baca Juga: Pembahagian Harta Pusaka Antara Mitos Dan Realiti
Skim Bantuan Khairat Kematian Peneroka ini adalah salah satu kebajikan dan inisiatif Felda bagi membantu meringankan beban keluarga si mati.
Perhatian! Skim ini bukan insurans dan kerana itu Felda berhak membuat pemotongan daripada jumlah RM7,000 baki skim berkenaan sekiranya simati ada hutang tertunggak dengan Felda
Waris Peneroka Felda Layak Tuntut RM10 Ribu . Apa Dokumen Yang Diperlukan?
- Sijil Kematian Peneroka
- Permit Mengubur
- Salinan Tanda Kad Pengenalan Simati
- Salinan Kad Pengenalan Waris atau Keluarga Yang Berhak
Hanya itu sahaja dokumen yang diperlukan bagi waris yang layak menuntut Skim Bantuan Khairat Kematian Peneroka ini.
Borang PKKP yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada pengurus rancangan untuk dimajukan kepada pengurus besar wilayah dan kelulusan bayaran oleh Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat Felda.
Berlaku kekeliruan dan timbul tanda tanya dalam kalangan peneroka berkenaan pemberian Skim Bantuan Khairat Kematian Peneroka yang mana ada antara mereka mendakwa menerima bayaran RM3,000 dan ada juga tidak menerimanya.
Salah satu isu berkaitan Skim Bantuan Khairat Kematian Peneroka melibatkan waris peneroka Felda Jengka 11 yang mendakwa terkilan apabila Skim Bantuan Khairat Kematian Felda berjumlah RM10,000 untuk bapanya yang meninggal dunia pada Ogos 2016 masih belum diterima sehingga kini.
Skim Bantuan Khairat Kematian Peneroka adalah inisiatif Felda bagi meringankan beban waris yang kematian peneroka.
Waris peneroka Felda layak tuntut RM10 ribu melalui skim ini jika simati tiada hutang dengan Felda. Jika ada apa-apa kekeliruan boleh berhubung terus dengan Pengurus Felda masing-masing untuk penjelasan lanjut skim ini.