Semua Wanita! Waspada Panggilan Dr Haji Abu Bakar…
Orang gila ini ada macam-macam jenis tetapi yang paling menakutkan adalah orang gila seks! Kes terbaru di Terengganu ada individu yang memperkenalkan diri sebagai Dr Haji Abu Bakar yang telah memperdaya tiga orang wanita di Besut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan melalui panggilan telefon.
Doktor palsu tersebut mengarahkan mangsa memperlihatkan payudara dan alat sulit mangsa secara “live” melalui panggilan telefon kononnya untuk pemeriksaan.
Semua Wanita! Waspada Panggilan Dr Haji Abu Bakar…
JABATAN Kesihatan Terengganu mengesan ada individu menyamar sebagai doktor pakar dengan menghubungi wanita untuk mengadakan pemeriksaan payu dara dan alat kelamin melalui panggilan telefon.
Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, individu terbabit yang memperkenalkan diri sebagai Dr Haji Abu Bakar juga didakwa memperdayakan kakitangan klinik kesihatan di Besut untuk mendapatkan butir peribadi pesakit.
Menurutnya, lelaki itu mendapat maklumat 12 pesakit wanita selepas memperdayakan kakitangan klinik kesihatan itu.
Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017
“Mengikut laporan diterima, seramai tiga wanita di Besut menerima panggilan daripada doktor palsu terbabit pada 15 Julai lalu.
“Modus operandi sama seperti kes pada 2010 apabila mangsa diminta menjalankan pemeriksaan payu dara melalui panggilan telefon yang dibuatnya itu.
“Mangsa terpedaya kerana doktor palsu itu memiliki segala maklumat peribadinya dan mengikut arahannya tanpa mengesyaki sesuatu.
“Doktor palsu yang mendakwa dirinya sebagai doktor dari Hospital Besut itu turut mengarahkan mangsa memegang alat sulit sambil membuat suara ghairah,” katanya ketika sidang media di pejabatnya di Kuala Terengganu, hari ini.
Mesti Baca: Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, semua wanita itu baru sekali membuat pemeriksaan kandungan di sebuah klinik kesihatan di Besut.
Katanya, laporan polis sudah dibuat oleh klinik kesihatan berkenaan pada 18 Julai lalu dan kini nombor telefon yang digunakan individu tidak bertanggungjawab itu sudah tidak diaktifkan.
“Sebenarnya memang tiada doktor pakar yang akan menjalankan rawatan atau pemeriksaan melalui panggilan telefon, lebih-lebih lagi membabitkan pemeriksaan payu dara atau alat kelamin,” katanya – Sumber
Hati-hati semua wanita jika menerima panggilan daripada Dr Haji Abu Bakar atau daripada sesiapa saja.
Jangan jadi terlalu lurus sehingga sanggup membuat wayang percuma melalui telefon.
Tiada jenis pemeriksaan kesihatan seumpama itu diamalkan di mana-mana sekalipun.