Wings Berpecah Kini Bertiga, Tiada Lagi Joe

Teka-teki status pemain gitar utama kumpulan Wings, Joe dalam kumpulan tersebut akhirnya terjawab sudah. Admin terbaca dalam Utusan Online penyanyi Wings, Awie yang kini Datuk Awie berkata mereka kini hanya tinggal bertiga iaitu Awie, Eddie dan Black. Pendek kata Wings berpecah…..

Wings Berpecah

Joe Tidak Lagi Bersama Kumpulan Wings

“Kami sudah bersemuka dalam satu perjumpaan baru-baru ini. Apa yang boleh saya katakan Wings kini bertiga. Tak perlulah tanya apa yang berlaku menerusi perjumpaan tersebut memandangkan itu merupakan isu dalaman kami.

“Wings tak ada masalah untuk bergerak tiga orang sahaja memandangkan kami boleh menjemput pemuzik lain. Isu keluar-masuk anggota pun bukan isu baharu memandangkan semua kumpulan juga berhadapan dengan perkara yang sama.

“Dahulu saya dan Black pernah keluar daripada Wings dan perjuangan Wings tetap diteruskan oleh orang lain. Jadi tak ada masalah juga kalau dia tak ada sebab perjuangan itu tetap diteruskan oleh orang lain,” kata Awie.

Sama ada Joe dibuang atau mengundurkan diri pun tidak dijelaskan dengan tepat. Awie tidak menjelaskan dengan tepat apakah status sebenar Joe malah Awie menegaskan yang mereka sudah sepakat dengan keputusan yang dibuat. Bermakna sah Wings berpecah…

Wings Berpecah

Tiada Lagi Joe Wings

 

Mesti Baca: Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia

Awie berkata perjuangan Wings tetap berjalan seperti biasa dan jika ada persembahan mereka akan mengambil pemuzik luar mengambil alih tempat Joe – Sumber

Admin melihat besar juga masalah dan pergolakan Wings sampai Joe terpaksa diketepikan.

Bagi admin sendiri, terus terang cakap admin menggemari Wings kerana Joe dan suka melihat video petikan gitar Joe berbanding melihat Awie menyanyi 🙂

Wings berpecah mungkin sementara…. siapa tahu mereka akan bersatu semula dengan Joe nanti..

Admin rasa tanpa Joe, Wings tak mantap dan tak syok…….

Leave a Reply

error: Content is protected !!