Kenangan Mengusik Jiwa. Yahoo Messenger Ditamatkan Selepas 18 Julai 2018.
Yahoo Messenger Ditamatkan Selepas 18 Julai 2018. Siapa yang masih aktif guna Yahoo Messenger atau kita biasa panggil “YM”? dahulu YM ini sama meletup dengan Friendster, MySpace, Tagged dan sebagainya.
Iyalah ianya satu platform mudah untuk chat. Sekarang orang dah sibuk dengan Whatsapp dah tak pandang lagi YM ini.
Bagi admin, Yahoo Messenger banyak kenangan kerana di sinilah admin gunakan untuk mengayat admin. Masa itu, Whatsapp dan Facebook belum ada. Pendek kata, jodoh kami melibatkan YM juga 🙂
Sedihnya, Yahoo Messenger akan ditamatkan mulai 18 Julai 2018 ini. Selamat tinggal dunia YM. Admin sendiri pun tak ingat lagi email dan password YM tersebut.
Yahoo Messenger Ditamatkan Mulai 18 Julai 2018
CALIFORNIA 10 Jun – Syarikat teknologi Yahoo akan menghentikan aplikasi peÂsanan firma itu, Yahoo Messenger selepas 20 tahun ia pertama kali dilancarkan.
Mail Online yang memetik kenyataan Yahoo sebagai berkata, mereka yang masih menggunakan aplikasi itu yang pernah mencapai kemasyhurannya pada sekitar tahun 2000 mempunyai tempoh sehingga 17 Julai depan sebelum ia ditutup.
Namun, tiada aplikasi segera yang menggantikan aplikasi berkenaan dan Oath, sebuah unit di bawah syarikat Verizon yang meÂngendalikan Yahoo mencadangkan pengguna Yahoo Messenger bertukar kepada aplikasi pesanan baharu mereka digelar, Squirrel.
Mesti Baca: Gear Auto Susah Masuk? Itu Tanda-Tanda Gearbox Rosak
Yahoo Messenger dianggap sebagai perintis industri dalam bidang perisian sembang yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna internet bersama satu lagi perisian AOL Instant Messenger yang kini tidak lagi aktif.
“Yahoo Messenger tidak lagi berfungsi selepas 17 Julai 2018 dan sehingga itu, anda boleh teÂrus menggunakan perkhidmatan terbabit seperti biasa.
“Kami tahu kami mempunyai banyak peminat setia yang menggunakan Yahoo Messenger sejak ia mula beroperasi.
“Oleh kerana landskap komunikasi terus berubah, kami sedang memberi tumpuan terhadap pembinaan dan memperkenalkan alat komunikasi baharu yang menarik dan lebih sesuai dengan keperluan pengguna,” jelas firma berkenaan.
Yahoo dalam kenyataan itu menambah, pengguna boleh memuat turun sejarah perbualan mereka dari laman web firma berkenaan.
Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017
Selepas 17 Julai, pengguna tidak akan dapat masuk ke aplikasi Yahoo Messenger sama ada melalui telefon atau komputer mereka.
Walau bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan ID Yahoo anda – Sumber
Banyak kenangan admin dengan Yahoo Messenger. Isteri admin pun pasti setuju kerana di sinilah kami banyak berhubung sebelum menjadi rapat dan berkahwin 🙂
Terkesan juga apabila Yahoo Messenger ditamatkan mulai 18 Julai nanti.
Anda ada kenangan dengan Yahoo Messenger tak?