Menu

Zakir Naik Dapat Kerakyatan Malaysia?

Hindustan Times melaporkan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik telah diberikan kerakyatan Malaysia. Wakil Zakir Naik mengesahkan pendakwah kontroversi itu kini merupakan warganegara Malaysia.

Dr Zakir Naik yang sebelum ini pernah memberi ceramah di Malaysia ditawarkan kerakyatan sebagai ketika dianugerahkan gelaran Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013.

Kata wakil beliau, sudah menjadi dasar kerajaan Malaysia untuk menawarkan kerakyatan kepada penerima Anugerah Kehormat Awam Tertinggi di sini.

Zakir Naik Dalam Perhatian Pihak Berkuasa India

Pendakwah terkenal tersebut didakwa sedang bersembunyi ekoran Yayasan Pendidikan Islam (IRF) milik beliau telah diharamkan oleh pihak berkuasa India serta dia juga kini disiasat oleh Agensi Kebangsaan India (NIA).

Pihak berkuasa India juga sedang memantau pergerakan beliau dan menghalang ahli keluarganya meninggalkan negara tersebut.

Sebelum ini, Zakir Naik telah mengkritik tindakan pihak berkuasa India mengharamkan organisasi IRF dan tuduhan lain terhadapnya.

Baca Juga: Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S29 Dan S41

Beliau sentiasa menegaskan bahawa dia sering menyokong keamanan dan mengutuk keganasan semasa membuat ucapan.

Sementara itu, pihak berkuasa Malaysia tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengenai kerakyatan yang ditawarkan kepada pendakwah kontroversi tersebut.

Zakir Naik

Malaysia Sangkal Dr Zakir Naik Dapat Kerakyatan Malaysia

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyangkal dakwaan Pendakwah bebas tersebut telah diberikan kerakyatan Malaysia.

Menurut Datuk Nur Jazlan Mohamed lagi, proses yang diambil untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia mengambil tempoh yang lama.

Tidak dapat dinafikan pengaruh Zakir Naik sangat memuncak ketika ini kerana ceramah beliau mendapat sambutan luar biasa dengan kehebatan berdebat perbezaan agama.

Malah, ceramah beliau turut dihadiri ramai orang bukan islam dan menariknya beliau mampu menarik orang bukan islam memeluk islam pada masa yang sama ceramah beliau dibuat.

Pada pandangan admin, mungkin sebab itu beliau dipantau pihak berkuasa India kerana pengaruh dan kehebatan ceramahnya boleh menjejaskan penganut agama Hindu di sana.

Leave a Reply

error: Content is protected !!