Zulfadli Zulkiffli Juara Terbuka Rusia
Pemain badminton profesional negara, Zulfadli Zulkiffli melakar kejayaan terbaharu apabila meraih kejuaraan Terbuka Rusia yang berlangsung di Vladivostok, Rusia.
Kejayaan tersebut merupakan gelaran kedua pada kejohanan berstatus Grand Prix selepas pemain berusia 23 tahun itu memenangi Terbuka Brazil, awal bulan lepas.
Pada aksi final hari ini, bekas juara remaja dunia itu tidak diberikan laluan mudah sebelum bergelar juara apabila terpaksa bertarung selama lebih satu jam untuk menundukkan pemain India, Siril Verma.
Zulfadli Zulkiffli yang tewas di set pertama 16-21, bangkit memenangi set kedua dengan 21-19 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum menang set ketiga 21-10 Sumber
Tahniah kepada Zulfadli Zulkiffli kerana melakar kejayaan yang sangat bermakna ini. Beliau di antara pelapis sukan badminton negara yang akan membawa cabaran negara dalam kejohanan besar akan datang.
Selain Zulfadli Zulkiffli, seorang lagi bintang yang sedap digilap namanya adalah Iskandar Zukarnain Zainuddin yang sedang berusaha keras mencipta kejayaan.
Semoga kehadiran mereka dapat menggantikan tempat Datuk Lee Chong Wei yang akan bersara tidak lama lagi kerana kita kekurangan prospek terbaik bagi menggantikan tempat jaguh badminton perseorangan utama negara.