Menu

Info Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/A29

Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 adalah di antara jawatan-jawatan yang terdapat di dalam Jabatan Penerbangan Awan Malaysia (DCA).

Bagi yang berminat memasuki bidang berkaitan Kawalan Trafik Udara, penting untuk anda mengetahui syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan untuk memohon kedua-dua jawatan tersebut.

Pegawai Kawalan Trafik Udara

Ketika ini, proses tapisan awal setelah melepasi syarat semasa yang ditetapkan SPA adalah calon dipanggil menduduki peperiksaan iaitu:

  • Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41
  • Peperiksaan Online Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Jika anda dipanggil menduduki salah satu daripada peperiksaan online di atas, ketahui maklumat dan info pentong berkaitan Kawalan Trafik Udara di bawah.

Kemudian, anda akan dicadangkan Rujukan Khusus yang akan membantu anda memiliki peluang cerah LULUS Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.

Soalan Lazim Berkaitan Kawalan Trafik Udara (ATC)

Berikut disenaraikan beberapa soalan lazim berkaitan Kawalan Trafik Udara (ATC) yang dipetik daripada Laman Web Rasmi Jabatan Penerbangan Awam Malaysia sebagai panduan asas kepada yang berminat memohon jawatan sebagai Pegawai Trafik Udara Gred A41/Penolong Pegawai Trafik Udara A29.

Selain itu, ianya juga bermanfaat untuk calon Peperiksaan Online Pegawai Trafik Udara Gred A41/Penolong Pegawai Trafik Udara A29 sebagai rujukan.

1. Apakah Kawalan Trafik Udara (ATC)?

ATC merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk menggalakkan aliran trafik udara yang selamat, teratur serta cepat dan efisien. Keselamatan terutamanya bermakna menghalang pesawat daripada berlanggar dengan pesawat lain dan halangan, dan terhempas; membantu pesawat mengelakkan cuaca buruk; memastikan pesawat tidak terbang dalam ruang udara di mana penerbangan dilarang; serta membantu pesawat dalam kecemasan. Aliran trafik udara yang teratur serta cepat dan efisien memastikan kecekapan operasi pesawat di sepanjang laluan yang dipilih oleh operator.  Ia dilaksanakan menerusi peruntukan sumber sistem yang saksama kepada setiap penerbangan.

2. Siapakah ‘Pengawal Trafik Udara’?

Pengawal trafik udara merupakan kakitangan terpilih dan terlatih yang memastikan trafik udara selamat dan efisien. Mereka membantu juruterbang berlepas dan mendarat dengan selamat, serta memastikan pesawat berada dalam jarak yang selamat antara satu sama lain.

Pengawal trafik udara bertanggungjawab terhadap bahagian ruang udara tertentu yang termasuk berhubung secara kerap melalui radio dengan juruterbang yang melalui bahagian itu. Tanggungjawab tersebut melibatkan pemberian arahan, nasihat dan maklumat kepada juruterbang. Tugas pengawal trafik udara berbeza mengikut tempat mereka ditugaskan.

Mesti Baca: Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

 

3. Di manakah ‘Pengawal Trafik Udara ’ bertugas?

Pengawal trafik udara ditugaskan di menara kawalan di lapangan terbang atau pusat kawalan yang terletak di Subang, Kuching dan Kota Kinabalu.

4. Apakah skop tugas pengawal trafik udara?

  • berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar;
  • memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di lapangan terbang;
  • mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras penerbangan akhir;
  • memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat;
  • memastikan jarak minimum di antara kapal terbang dikekalkan;
  • menangani peristiwa yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik yang tidak mengikut jadual.

5. Terdapat berapa jenis ‘Pengawal Trafik Udara’?

  • Pengawal kawasan  – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka memandu arah pesawat  semasa penerbangan dan memberikan laluan yang paling efisien ke destinasi. Dengan menggunakan radar dan teknologi komputer, mereka boleh mengesan kedudukan sebenar setiap pesawat. Mereka juga menggunakan radar untuk memisahkan trafik di udara.
  • Pengawal  sua – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka mengambil alih tugas komunikasi daripada pengawal kawasan sebaik sahaja pesawat menghampiri lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab menentukan bila dan di mana setiap pesawat harus mendarat, dan memandu pesawat dengan cara yang paling efisien.
  • Pengawal aerodrom  – mereka ditugaskan di menara kawalan di lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab terhadap pendaratan dan pelepasan pesawat, serta mengurus pergerakan pesawat di darat.

Pegawai Kawalan Trafik Udara

6. Bagaimanakah waktu bekerja dan persekitaran kerjanya?

Kawalan trafik udara merupakan operasi 24 jam, yang termasuk hujung minggu dan juga cuti am.  Pengawal trafik udara bekerja mengikut syif. Satu syif terdiri daripada dua hari bekerja, satu hari rehat dan cuti satu hari.  Hari bekerja dibahagikan kepada syif tengah hari pada hari pertama, diikuti dengan syif pagi dan syif malam pada hari kedua.  Tugas Pengawal Trafik Udara adalah mengendalikan stesen kerja, mengumpul dan mentafsirkan data menggunakan komputer dan paparan radar,  serta berkomunikasi dengan juruterbang menggunakan peralatan radio.

7. Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadi Pengawal Trafik Udara?

  • Memiliki kemahiran komunikasi yang cemerlang
  • Boleh bekerja di bawah tekanan
  • Boleh membuat keputusan muktamad dengan cepat dan mestilah berfokuskan matlamat
  • Boleh mengendalikan haluan berasaskan teori dan kemudian mengaplikasikannya dalam situasi amali
  • Boleh membayangkan objek bergerak dalam tiga dimensi
  • Mestilah boleh bekerja sebagai satu pasukan
  • Dapat memenuhi syarat yang diberikan oleh Civil Aviation Authority berhubung pemeriksaan perubatan kelas tiga

8. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menjadi Pengawal Trafik Udara?

  • Ijazah   – Pengawai Kawalan Trafik Udara
  • Diploma  – Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
  • SPM      – Penolong Pengawal Trafik Udara

9. Apakah proses yang terlibat untuk menjadi pengawal trafik udara?

Mereka yang berminat memohon pekerjaan ini boleh berbuat demikian seperti yang berikut:

  • Memohon menerusi  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan menggunakan borang dalam talian.
  • Calon SPA yang berjaya akan menduduki ujian berikut sebelum disenarai pendek untuk ditemu duga:
      • Ujian IQ
      • Ujian Suara
      • Ujian Bahasa Inggeris
      • Ujian Psikologi

Selepas ditemu duga, calon yang berjaya dilantik akan melalui proses berikut:

  • Menjalani kursus latihan selama maksimum 66 minggu di Akademi Penerbangan Awam Malaysia.
  • Mengikuti Latihan Semasa Kerja (OJT) bagi mendapatkan lesen live rating.

Pegawai Kawalan Trafik Udara

10. Apakah yang akan saya pelajari sepanjang kursus 66 minggu itu?

Modul induksi meliputi meteorologi, operasi pesawat, navigasi udara, alat bantu navigasi, komunikasi, undang-undang penerbangan dan terbitan tentang penerbangan. Modul tersebut meliputi asas amali kawalan trafik udara di aerodrom atau persekitaran prosedur kawasan.  Pelatih diajar cara memisahkan pesawat tanpa menggunakan radar.

11. Apakah “Latihan Semasa Kerja”?

Keseronokan sebenar bermula selepas meninggalkan Akademi Penerbangan Awam. Latihan semasa kerja dijalankan di menara kawalan trafik udara wilayah atau pusat radar di bawah penyeliaan pengawal trafik udara berpengalaman. Pada peringkat ini, anda akan berubah daripada ‘pelajar’ menjadi ‘pelatih’ dan akan berlatih dalam persekitaran operasi, menangani trafik sebenar.

Pada mulanya, Pengajar akan bersama anda setiap masa. Selepas itu, pengajar akan berundur secara beransur-ansur, membenarkan anda membuat keputusan sendiri dan mengawal trafik seolah-olah anda bersendirian.

Apabila anda telah memperoleh pengalaman secukupnya dan menunjukkan bahawa anda boleh menangani semua situasi trafik dan kesukaran secara konsisten, anda akan disyorkan untuk menjalani penilaian kemahiran akhir. Jika anda berjaya menyempurnakannya, anda akan diberikan Lesen Kawalan Trafik Udara dan Rating anda.

12. Apakah “Live Rating”?

“Live Rating” ialah lesen antarabangsa yang memberikan anda pengiktirafan untuk menjalankan tugas kawalan trafik udara. Lesen Pengawal Trafik Udara Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan diiktiraf oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ini bermakna anda telah memperoleh kelayakan yang boleh digunakan di banyak negara.

13. Gaji bulanan yang dijangka?

  • Pegawai Kawalan Trafik Udara
    • Gaji Asas  : RM 1815.52 – RM 5301.27
    • Elaun       : RM 810.00
    • Insentif    : RM 600.00
    • Elaun Rating (Rujuk Jadual di Bawah)
  • Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
    • Gaji Asas  : RM 1490.41 – RM 3435.45
    • Elaun       : RM 640.00
    • Insentif    : RM 250.00
    • Elaun Rating (Rujuk Jadual di Bawah)

Penolong Pengawal Trafik Udara 

–   Gaji Asas   : RM 829.45 – RM 2178.66
–   Elaun        : RM 595.00

Jadual Elaun Rating

TEMPAT BAYARAN
KAWALAN SUA (RADAR) RM 750.00
KAWALAN KAWASAN (RADAR), PERGERAKAN PERMUKAAN (RADAR) RM 600.00
KAWALAN KAWASAN RM 450.00
SUA (PROSEDUR) RM 350.00
SMC, KAWALAN AERODROM, PENYELARAS AERODROM, PEMBERIAN KELULUSAN, KAWASAN MENARA/DATA PENERBANGAN SUA RM 200.00

14. Adakah terdapat laman web yang menawarkan sampel audio komunikasi antara juruterbang dengan pengawal trafik udara?

Terdapat beberapa laman web/blog yang membolehkan anda mendengar komunikasi antara juruterbang dengan pengawal trafik udara. Jika anda berminat, anda boleh membuat carian web dengan “live ATC” sebagai kriteria.

Adakah Anda Dipanggil Menduduki Salah Satu Daripada Peperiksaan Berikut?

  • Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41
  • Peperiksaan Online Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Jika YA, tahniah! Anda semakin hampir untuk menjawat jawatan tersebut. Tetapi, untuk lulus Peperiksaan Online bagi kedua-dua jawatan tersebut bukan mudah dan juga tidak terlalu susah.

Paling penting anda mesti mengetahui beberapa aspek penting berkaitan jawatan, contoh soalan, nota berkaitan dan sebagainya.

Jika anda memiliki semua kriteria di atas, anda memang berhak menjadi seorang Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 atau Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Oleh kerana, kedua-dua jawatan di atas dalam jabatan yang sama, skop jawatan yang hampir sama maka anda tidak perlu bimbang kerana kami telah sediakan anda RUJUKAN KHUSUS yang menggabungkan kedua-dua jawatan menjadi SATU RUJUKAN.

Untuk pengetahuan anda, rujukan tersebut adalah dalam bentuk ebook yang mengandungi:

  • Nota berkaitan jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29
  • Penerangan lengkap Format Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29
  • Contoh soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29
  • Tips-tips penting menjawab peperiksaan
  • Macam-macam lagi

Bagaiman Cara Mendapatkan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29?

Mudah sahaja, anda hanya perlu masukkan NAMA dan EMAIL anda di bawah supaya dapat kami maklumkan dengan pantas apabila rujukan tersebut telah siap sepenuhnya untuk dilancarkan.

 

Rujukan Peperiksaan Penolong Dan Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 & A41

Berita baik!

Kami edarkan ebook ini PERCUMA sahaja jika anda mendapatkan RUJUKAN SEKSYEN!

BELI RUJUKAN SEKSYEN untuk ulangkaji Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah, Kefahaman Bahasa Inggeris dan Pengetahuan Am seterusnya ulangkaji pula ebook PERCUMA RUJUKAN PEPERIKSAAN PENOLONG DAN PEGAWAI TRAFIK UDARA A29 & A41 (nota pengetahuan am jawatan)

RUJUKAN SEKSYEN + EBOOK PERCUMA NOTA PENOLONG DAN PEGAWAI TRAFIK UDARA A29 & A41

Leave a Reply

error: Content is protected !!