Menu

Bayaran BR1M 2017 Baucer Mulai 18 Februari, Bayaran Ke Akaun Mulai 22 Februari

Mulai Sabtu, 18 Februari 2017 proses bayaran BR1M 2017 akan bermula secara baucer terlebih dahulu manakala bayaran ke akaun penerima yang layak akan bermula pada 22 Februari 2017.

Baucer BR1M itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bagi penerima BR1M yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucer BR1M akan dipos ke alamat kediaman masing-masing.

Mesti Baca: 25,000 Peluang Kerja Dan Latihan SL1M 2017

Orang ramai yang ingin bertanya atau membuat semakan BR1M 2017 boleh menghubungi talian hotline BR1M di talian 1-800-88-2716.

Info Penting Bayaran BR1M 2017

  • Bayaran Baucer: Bermula 18 Februari
  • Bayaran Ke Akaun: Bermula 22 Februari

Menurut blog rasmi Perdana Menteri, kerajaan menerima 8,277,391 permohonan bagi BR1M 2017 dan sebanyak 5,153,238 permohonan telah diluluskan setakat ini dan akan menerima bayaran BR1M bermula 18 Februari ini secara berperingkat.

 Bayaran BR1M 2017

Baki permohonan yang belum lulus sebanyak 3,123,950 pula kini berada dalam pemprosesan dan keputusan kelulusan dijangka akan diumumkan pada bulan Mac 2017 kelak.

Selangor mencatatkan kelulusan tertinggi dengan 666,316 permohonan lulus, manakala Sabah dan Sarawak juga menerima kelulusan permohonan yang tinggi sebanyak 477,482 dan 537,588 masing-masing.

Bermula 18 Februari bayaran BR1M 2017 akan bermula.

Penerima baucer BR1M boleh menunaikan bayaran di Bank Simpanan Nasional.

Bagi pengkreditan ke akaun boleh menyemak akaun bank masing-masing bermula 22 Februari nanti.

Gunakan duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia tersebut sebaik-baiknya.

Leave a Reply

error: Content is protected !!