Menu

Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP sebagai:

  • PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
  • Kelayakan: SRP/PMR/PT3
  • Bilangan kekosongan: 2446
  • Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 06 Mei 2018 (Ahad) Jam 11.59 Malam

Iklan

Deskripsi Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Kumpulan: Pelaksana

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM     GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,204.00                RM3,001.00                        RM80.00

Syarat Lantikan:

Warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

++ Syarat-syarat kelayakan permohonan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Semak Kelayakan

CARA MEMOHON:

++ Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ON-LINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan pada Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Daftar permohonan segera. Klik Butang DAFTAR di bawah.

Like Facebook >> Saya Mencari Kerja Kosong Kerajaan

Leave a Reply

error: Content is protected !!