Menu

Tun M Cakap Waytha Moorthy Ok Apa?

Tun M Cakap Waytha Moorthy Ok Apa?  Isu rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman yang meragut nyawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim terus dimainkan orang ramai selagi individu yang bernama Waytha Moorthy masih dalam kabinet. Bukan beliau sahaja menjadi sasaran, exco Selangor, V. Ganabatirau turut menjadi sasaran kecaman orang ramai kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak cerdik ketika rusuhan sedang memuncak.

Desakan orang ramai untuk melihat kedua-dua mereka dilucutkan jawatan atau meletak jawatan secara sukarela. Petisyen online yang dijalankan untuk menuntut kedua-duanya terutama Waytha Moorthy meletak jawatan atau dilucut jawatan mendapat sokongan.

Mesti Baca: Kematian Adib Waytha Moorthy Diserang

Setakat hari ini lebih 300,000 individu telah menandatangani petisyen online menuntut Waytha Moorthy berundur secara terhormat atau dipecat.

Desakan menuntut tindakan terhadap Waytha Moorthy juga datang daripada pembangkang malah blok kerajaan Pakatan Harapan sendiri juga menuntut perkara yang sama.

Sekarang terpulang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk bertindak kerana imej kerajaan tercalar teruk angkara kedua-duanya.

Tun M Cakap Waytha Moorthy Ok Apa?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad belum memutuskan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagaimana gesaan banyak pihak akibat kegagalan beliau mengendurkan ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Dr Mahathir berkata, rakyat bebas untuk menyatakan pandangan mereka mengenai hal tersebut.

“(Tetapi) terpulang pada saya untuk memutuskan, saya belum putuskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Siri Kepimpinan Dr Mahathir Mohamad Institiut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini malam tadi.

Tun M Cakap Waytha Moorthy

Ditanya sama ada beliau selesa dengan prestasi Waytha Moorthy sebagai menteri, Dr Mahathir berkata, “Saya rasa OK (dengan prestasinya).”

Waytha Moorthy adalah menteri bertanggungjawab bagi Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Semalam, laporan media melaporkan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyerahkan memorandum kepada Dr Mahathir, yang juga pengerusinya, mendesak supaya Waytha Moorthy disingkirkan sebagai menteri – Sumber

Tun M cakap Waytha Moorthy ok.

Memang tidak nampak bunga-bunga untuk Waytha Moorthy dipecat atau meletak jawatan.

Terpulang kepada orang ramai untuk meneruskan usaha menyingkirkan Waytha Moorthy daripada kerajaan.

Kerajaan Pakatan Harapan mesti sedar imej mereka jatuh menjunam sejak memenangi PRU14.

Dengar suara rakyat atau dihumban seperti nasib yang menimpa Barisan Nasional dalam PRU15 nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!