Menu

Tak Boleh Pergi Haji Kali Kedua, Orang Lain Pun Nak Masuk Syurga

Isu pencarum Tabung Haji yang telah menunaikan haji tidak boleh lagi pergi haji kali kedua dilihat mendapat sokongan ramai. Isu ini sebenarnya telah lama menjadi buah mulut rakyat kerana giliran untuk menunaikan haji terlalu lama malah sehingga mencecah seratus tahun!

Admin secara peribadi pun bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ramai sebenarnya pencarum yang sudah cukup wang simpanan dalam Tabung Haji tetapi kerana giliran menunggu yang terlalu lama akhirnya ada di kalangan pencarum meninggal dunia.

Kepada yang telah pergi menunaikan haji berilah peluang kepada orang lain pula, jangan pentingkan diri sendiri, pergi haji kali kedua atau banyak kali pun bukan jaminan untuk kita masuk syurga.

Tak Boleh Pergi Haji Kali Kedua, Orang Lain Pun Nak Masuk Syurga

Tabung Haji (TH) menetapkan pendeposit yang sudah menunaikan haji tidak lagi dibenar mendaftar semula bagi mengerjakan ibadah itu buat kali kedua.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan TH, D Zukri Samat berkata keputusan itu diambil bagi mengelakkan jemaah kali pertama terpaksa menunggu giliran lebih seratus tahun.

Namun bermula tahun ini, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian bagi memberi peluang kepada orang lain pula. Sehingga hari ini seramai 3.2 juta orang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan ibadah haji, kita harap orang ramai faham keadaan ini.

Mesti Baca: Ambil Tahu 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian

Kalau mendaftar hari ini, individu perlu tunggu selama 114 tahun untuk mendapat giliran menunaikan haji.

Pergi Haji Kali Kedua

Bagi penjawat awam, Dhani Ahmad, 30-an, ketetapan oleh TH itu dipersetujuinya walaupun dalam hal beribadah tidak mempunyai had dan batasan.

“Memanglah tak ada batasan dalam beribadah, awak ada kemampuan awak boleh pergi buat haji tiap tahun.

“Tetapi dalam konteks mengerjakan haji ini, kalau kita (yang mampu) selalu boleh tunaikan haji ia akan memberi kesan kepada orang lain.

“Jadi bagilah peluang kepada orang lain dah kita pergi banyak kali dah. Sekali pun cukup untuk tunai kewajipan. Orang lain nak masuk syurga juga, bukan kita saja,” katanya yang juga seorang penjawat awam di Kelantan.

Sumber

Bayangkan daftar hari ini untuk pergi haji kena menunggu selama 114 tahun!

Aduhai ada lagi ke yang sempat hidup sampai usia macam itu, kalau ada pun memang tak larat lagi nak pergi tunaikan haji.

Cadangan ini memang admin sokong sangat. Cukuplah sekali pergi haji, beri peluang orang lain juga, jangan pentingkan diri sendiri pergi haji kali kedua, orang lain pun nak masuk syurga.

Leave a Reply

error: Content is protected !!